Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 6 Mac 2012

Soal Jawab Di Mahsyar Dan Azab Untuk Si Syahid, Si Qari Dan Si Dermawan !?

بسم الله الرحمن الرحيم


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ. (مسلم والترمذي والنسائي)
[Gambar hiasan - sedang neraka sebenar kedahsyatannya tak terbayang ]
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari qiamat ialah :

Pertama, orang yang gugur syahid -
ia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-nikmatNya (yang telah diberikan kepadanya semasa hidupnya) lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Ia menjawab:  "Aku berperang kerana mematuhi perintahMu sehingga aku gugur syahid";

Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (bukan itu tujuan mu), akan tetapi engkau berperang supaya orang mengatakan: Engkau berani dan telahpun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap, sehingga ia dihumbankan ke dalam neraka. 

Dan kedua, orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Qur'an -
ia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu persatu, lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Ia menjawab:  Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Qur'an kerana mengharapkan keredhaanmu";

Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (Bukan itu tujuanmu), akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim dan engkau membaca Al-Qur'an supaya orang mengatakan: Si anu seorang qari, maka telahpun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap, sehingga ia dihumbankan ke dalam neraka. 

Dan ketiga, orang yang telah dimewahkan Allah hidupnya serta diberinya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan -

ia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat nikmatNya satu persatu, lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Ia menjawab: "Aku tidak tinggalkan satu jalan pun di antara jalan-jalan yang engkau suka dibelanjakan kekayaan itu padanya melainkan aku belanjakan padanya, kerana mengharapkan rahmatMu";

Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (Bukan itu tujuanmu), akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaanmu supaya orang mengatakan: Si anu itu seorang dermawan,  - maka telah pun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap; akhirnya ia dihumbankan ke dalam neraka."

[Muslim, Tirmizi dan An-Nasa'i].

Moral : Inilah akibat buruk yang ditimpakan kepada orang-orang yang menyalahgunakan nikmat-nikmat pemberian Allah kepadanya. Sedangkan nikmat-nikmat Allah yang dikurniakannya kepada umat manusia amatlah banyak,  tidak terhitung. Nikmat-nikmat pemberian itu meliputi tiga bahagian besar dalam alam kehidupan ini - jasmani, rohani dan kebendaan.

Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah jelas menerangkan perihal tiga jenis manusia,  masing-masing mendapat salah satu dari jenis-jenis nikmat yang tersebut dan menyalahgunakannya, iaitu

1. Si Syahid : menyalahguna nikmat jasmani seperti kesihatan dan kekuatan tubuh badan;
2. Si Qari : menyalahguna nikmat rohani seperti ilmu pengetahuan dan amal ibadat; 
3. Si Dermawan : menyalahguna nikmat kebendaan seperti wang ringgit dan hasil mahsul.

Natijahnya setelah disoal dan dibicarakan pada hari qiamat, mereka didapati bukan sahaja tidak bersyukur akan nikmat-nikmat pemberian Allah itu bahkan mereka telah menyalahgunakannya dengan tujuan mendapat nama dan dipuji orang semata-mata. Oleh yang demikian berhaklah mereka ditimpa azab seksa yang diterangkan itu.

Bahkan tiadalah pula pelaku-pelaku kebaikan yang tidak diniatkan kerana Allah itu berhak mempertikaikan. Lihatlah hadis di bawah, apa yang bakal diseru oleh para malaikat penyeru pada hari yang amat dahsyat itu :
عَنْ أَبِي سَعْدِ بْنِ أَبِي فَضَالَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَمَعَ اللَّهُ النَّاسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ نَادَى مُنَادٍ مَنْ كَانَ أَشْرَكَ فِي عَمَلٍ عَمِلَهُ لِلَّهِ أَحَدًا فَلْيَطْلُبْ ثَوَابَهُ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنْ الشِّرْكِ. (الترمذي)
[Mengemis di Mahsyar ,gambar hiasan]

Dari Abu Sa'id bin Abi Fadhalah ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila Allah Taala menghimpunkan manusia pada hari qiamat pada hari yang tidak ada sebarang syak tentang tetap berlakunya, - (pada hari itu) menyerulah malaikat penyeru: 

"Sesiapa mempersekutukan (Allah dengan) mana-mana makhluk dalam sebarang amal yang dikerjakannya kerana Allah,  maka hendaklah ia meminta pahalanya daripada yang lain dan Allah,  kerana sesungguhnya Allah Taala tidak menerima sama sekali akan sebarang amal yang dipersekutukan Dia dengan makhluk yang lain."[Tirmizi]

Berdasarkan hadis-hadis ini juga jelaslah kepada kita di antara peristiwa-peristiwa yang akan ditempuh oleh setiap orang pada hari qiamat kelak ialah peristiwa berhimpun di padang Mahsyar. Susah senang atau berat ringannya kesusahan yang akan dirasai di situ adalah bergantung kepada amal masing-masing.

Setelah puas menunggu, masing-masing pun dibicarakan, dihisab dan ditimbang amalnya, kemudian diisytiharkan keputusan perbicaraan itu.

Dalam hadis yang kedua ini juga Rasulullah s.a.w., menerangkan :  Bahawa pada saat itu malaikat akan menghebahkan kepada umum:  Sesiapa yang melakukan syirik - mempersekutukan mana-mana makhluk dengan Allah dalam amalnya, hendaklah ia meminta balasannya kepada makhluk itu, kerana Allah Taala tidak menerima sama sekali akan sebarang amalan syirik. Syirik pada amalan hati (niat) adalah sejenis bentuk syirik khafi.

Pada ketika itu orang-orang yang bersalah akan menyesal,  tetapi sesal kemudian tidak ada gunanya. Maka wajiblah dibersihkan segala amalan dari tujuan yang selain daripada mengharapkan keredhaan Allah.

Secara analoginya, seseorang hamba yang diamanahkan bekerja diladang tuannya tidak berhak meminta habuan daripada tuannya jika dianya mengerjakan tanah orang lain. Maka dia hanya berhak meminta daripada tuan tanah yang diusahakannya. Bahkan dia juga layak dihukum atas sifat tidak amanah dan dustanya, sedang selama dia mengerjakan tanah orang lain segala keperluannya telah dipenuhi oleh tuannya itu. 

By : 'UM 
Rujukan : Hadis no 35-36- Muqaddimah Mastika Hadis, JHEAI-JPM.
والله اعــــــــــلـم

Sabtu, 3 Mac 2012

NIHAYAT FATAT EL-ISKENDERI -pengakhiran hidup seorang gadis Iskandariah.

Bertaubatlah kepada Allah sebelum saat kematian


Sesuatu yang cukup menarik dalam majalah Manar Islam, cerita bagaimana seorang gadis Iskandariah yang menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuah destinasi di dalam wilayah Iskandariah, Mesir.

Pakaiannya agak nipis dan seksi sehinggakan hampir terserlah segala yang disembunyikan selama ini bagi seorang perempuan. Umurnya dalam lingkungan 20 tahun. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah pintu mikrobas, seorang lelaki tua yang rambutnya telah dipenuhi uban menegurnya “Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar lelaki”.

Lalu gadis itu menjawab “siapakah kamu hei orang tua? Apakah di tanganmu ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”.

Lalu dia ketawa mengejek panjang lantas cuba memberikan handphonenya kepada si tua itu seraya berkata “ambil handphoneku ini dan hubungilah ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku” lantas ketawa lagi..

Ajarilah anak gadis kalian seawalnya.
Si tua dan penumpang-penumpang bas itu terdiam. mereka tidak menghiraukan lagi karenah gadis yang tidak mengetahui hukum hakam itu.

10 minit kemudian mikrobas sampai ke perhentian, lalu penumpang mula mengejutkan gadis tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas, puas di kejutkan. Tetapi, gadis tersebut tetap tak sedar....

Rupa-rupanya dia telah pulang menemui tuhannya dalam keadaan yang tak disangka-sangka (apalagi dalam keadaan menghina Allah dan agamaNya). 

Para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil beristighfar kepadaNYA.
SubhanaLlah..!!!

Petikan daripada manar Islam Jamad al Awwal.

Tutuplah aurat kalian sebelum saatnya kalian dikafankan ...

10 Golongan Yang Diusir Dari Padang Mahsyar

Sekadar hiasan ...



1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.
Sumber isi kandungan  : harakahdaily

Khamis, 10 November 2011

Tazkiratul Maut : Bayangkan Anda Telah Mati

Sedar tak sedar kita telah masuk ke "Hari Ini" dan meninggalkan "Hari Semalam".

Cuba pejamkan mata anda dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Tahan dan lepaskan nafas dengan perlahan-lahan.Jangan buka mata dan cuba bayangkan anda telah mati.

Bayangkan tubuh anda terbujur kaku tidak bernyawa dan ditutupi dengan kain kapan.Anda melihat sanak saudara, jiran tetangga dan kawan-kawan anda menangis mengelilingi jenazah anda.Mereka meratap-ratap pemergian anda dengan hiba sekali.

Tiba-tiba anda terlihat di satu sudut, dua pasang susuk tubuh yang sangat anda kenali.Ya, mereka itulah kedua ibu bapa anda yang telah menjaga dan membesarkan anda dengan penuh kasih sayang.
Mereka hanya mampu menitiskan air mata melihat anda terbujur kaku tidak bernyawa.

Tahukah anda? Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya, lebih-lebih lagi anaknya telah pergi buat selama-lamanya.

Apakah jasa anda kepada orang tua anda? Apakah jasa anda kepada keluarga anda sebelum anda pergi?Apakah jasa anda kepada masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan?Apakah jasa anda kepada negara, yang kini dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang gilakan harta, pangkat dan kedudukan?

Dan yang paling penting sekali dan selama-lamanya, apakah jasa anda kepada ISLAM???

Bayangkan apakah yang telah anda lakukan Semalam.Adakah anda tinggalkan Hari Semalam dengan penuh JASA kepada semua?Ataupun penuh dengan NODA dan DOSA???

Bayangkan anda telah PERGI buat selama-lamanya tanpa ada jasa kepada orang lain.Apakah yang akan anda jawab di hadapan ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM? Apakah DIA akan menerima alasan anda, sedangkan anda tidak pernah berjasa kepada semua.

Anda wajib bersyukur kerana Allah telah memberi ruang dan peluang kepada anda untuk anda berjasa dan berbakti kepada semua pada Hari ini. Jangan tunggu Hari esok kerana belum pasti anda masih wujud lagi di dunia ini.

Saya minta maaf banyak-banyak kepada anda semua sekiranya anda menangis ataupun tidak apabila membaca artikel ini. Orang kampung saya cakap: "that mean something wrong".

Sumber : Copy paste dari wall sahabat fb dan dia pun entah copy dari mana ntah ..
Mohon dihalalkan, semoga penulisnya mendapat ganjaran yang baik dari sisi Allah.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Berfikirlah Untuk Kematian Dan Buatlah Persiapan

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PEMURAH lagi Yang MAHA PENGASIHANI.

Segala puji-pujian adalah milikNya sebagai Pentadbir sarwa alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasul junjungan...



Ketahuilah wahai diri bahawa akhirat itu terbahagi kepada dua fasa, di mana yang pertamanya adalah akhirat yang kecil yakni kematian dan akhirat yang besar iaitu kiamat. Ramai sekali yang gerun mendengar perkataan kiamat namun mengapa jarang sekali yang gerun apabila disebutkan kematian? Apakah mereka menyangka mereka bahawa mereka hanya akan mati apabila tibanya kiamat dan bersedia untuk menghadapinya setelah melihat matahari terbit di barat dan kemudiannya tenggelam di timur? Apakah tidak cukup tanda-tanda kecil yang telah ada? Benarlah yang berakal itu lebih sedikit daripada golongan yang tidak....
(Gambar Hiiasan)
Bayangkanlah inilah diri kita! Apalagi yang kita mampu lakukan.

Kata-kata 'Solatlah kamu sebelum disolatkan' atau 'berjama'ahlah kamu sebelum kamu disolat jama'ahkan' atau 'pergilah kamu ke masjid sebelum keranda dan jasad kamu diusung ke sana' atau 'tutuplah seluruh auratmu sebelum seluruh jasadmu dibaluti kain yang putih' atau ' setiap saat rumah menghalau kata pergiiii sedang setiap saat kubur pula mengheret secara paksa dengan katanya mariii' atau 'sesungguhnya kematian dan kehidupan itu garis sempadannya adalah lebih halus daripada seurat benang yang sangat halus dan tanpa kesedaran kamu akan melintasinya. Di mana ketika itu terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara!'.



Sesungguhnya kata-kata ini adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian... bodohlah sesiapa yang tidak berusaha memahaminya dan tersangatlah bodoh sesiapa yang tidak bersedia menghadapinya... 


Ya ALLAH selamatkanlah kami daripada kejahilan-kejahilan ini..

Muhasabah Diri : Adakah kita tergolong dalam golongan al mukminun al akyas?



Apakah latar belakang pendidikan kita yang hebat dan dibanggakan atau sijil dan ijazah yang bergulung-gulung telah membuktikan kita adalah golongan yang cerdik???


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya:


“Siapakah orang orang beriman yang lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda: Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak”
[hadis riwayat Ibn Majah daripada Ibn Umar radiallahu anhuma].


Tentang mukminun al akyas (mukmin yang bijak ) atau al kayyisu (orang yang bijak) Diceritakan dari hadis yang lain riwayat imam Ahmad,Tarmizi,ibn Majah,Hakam daripada Saddad ibn Aus:


“Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati.”

Kepentingan Mengingati MATI



Ketahuilah wahai diri, dalam rangka berubudiah dan mengingati Allah adalah perlu untuk sentiasa dalam peningkatan dan penerusan amal. Dan di antara perkara perkara yg boleh menolong kita dalam penerusan dalam tarbiyah dan amal ialah mengingati mati. . 


Ketahuilah, sesungguhnya alam kubur adalah sebahagian daripada taman-taman syurga bagi yang taat kepada ALLAH dan ketahuilah jua sesungguhnya alam kubur itu juga adalah sebahagian daripada gaung-gaung neraka bagi mereka yang ingkar lagi derhaka kepada ALLAH.
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan -berada- dalam keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dalam keadaan sedikit (amalan) melainkan memperbanyakkannya.”
[Hadis riwayat al Baihaqi daripada Ibn Umar radiallahu anhuma]


“sesuatu yang menghapuskan kelazatan” dalam hadis tersebut adalah dimaksudkan dengan mengingati mati, perkara ini telah dijelaskan oleh satu sabda nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam matan hadith yang lain daripada riwayat Tarmizi dan Nasa-ie, Ibn majah dan al Hakam.


“Banyakkanlah oleh kamu akan mengingati sesuatu yang menghapuskan kesedapan iaitulah mati.”


Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda:


"Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat".


Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).


Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)".


Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".
 
Dalam keinsafan hendaklah disedari dalam erti kata sebenar-benarnya bahawa mati merupakan azab kesakitan,sengsara yang akan dilalui oleh semua yang hidup, apatah lagi seseorang yang kufur dan engkar kepada Allah. Dengan menginsafi kesakitan dan kesengsaraannya sudah tentu mengingati mati bermanfaat besar untuk menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu yang melalaikan dirinya dan merosakkan amal kebajikannya serta mendekatkan dirinya kepada hari akhirat.

APAKAH PERSIAPAN KITA SEBELUM MATI ???