Dengan nama ALLAH Yang MAHA PEMURAH lagi Yang MAHA PENGASIHANI.
Segala puji-pujian adalah milikNya sebagai Pentadbir sarwa alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasul junjungan...
Ketahuilah wahai diri bahawa akhirat itu terbahagi kepada dua fasa, di mana yang pertamanya adalah akhirat yang kecil yakni kematian dan akhirat yang besar iaitu kiamat. Ramai sekali yang gerun mendengar perkataan kiamat namun mengapa jarang sekali yang gerun apabila disebutkan kematian? Apakah mereka menyangka mereka bahawa mereka hanya akan mati apabila tibanya kiamat dan bersedia untuk menghadapinya setelah melihat matahari terbit di barat dan kemudiannya tenggelam di timur? Apakah tidak cukup tanda-tanda kecil yang telah ada? Benarlah yang berakal itu lebih sedikit daripada golongan yang tidak....

(Gambar Hiiasan) |
Bayangkanlah inilah diri kita! Apalagi yang kita mampu lakukan.
Kata-kata 'Solatlah kamu sebelum disolatkan' atau 'berjama'ahlah kamu sebelum kamu disolat jama'ahkan' atau 'pergilah kamu ke masjid sebelum keranda dan jasad kamu diusung ke sana' atau 'tutuplah seluruh auratmu sebelum seluruh jasadmu dibaluti kain yang putih' atau ' setiap saat rumah menghalau kata pergiiii sedang setiap saat kubur pula mengheret secara paksa dengan katanya mariii' atau 'sesungguhnya kematian dan kehidupan itu garis sempadannya adalah lebih halus daripada seurat benang yang sangat halus dan tanpa kesedaran kamu akan melintasinya. Di mana ketika itu terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara!'.
Sesungguhnya kata-kata ini adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian... bodohlah sesiapa yang tidak berusaha memahaminya dan tersangatlah bodoh sesiapa yang tidak bersedia menghadapinya...
Ya ALLAH selamatkanlah kami daripada kejahilan-kejahilan ini..
Muhasabah Diri : Adakah kita tergolong dalam golongan al mukminun al akyas?
Apakah latar belakang pendidikan kita yang hebat dan dibanggakan atau sijil dan ijazah yang bergulung-gulung telah membuktikan kita adalah golongan yang cerdik???
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya:
“Siapakah orang orang beriman yang lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda: Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak”
[hadis riwayat Ibn Majah daripada Ibn Umar radiallahu anhuma].
Tentang mukminun al akyas (mukmin yang bijak ) atau al kayyisu (orang yang bijak) Diceritakan dari hadis yang lain riwayat imam Ahmad,Tarmizi,ibn Majah,Hakam daripada Saddad ibn Aus:
“Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati.”
Kepentingan Mengingati MATI
Ketahuilah wahai diri, dalam rangka berubudiah dan mengingati Allah adalah perlu untuk sentiasa dalam peningkatan dan penerusan amal. Dan di antara perkara perkara yg boleh menolong kita dalam penerusan dalam tarbiyah dan amal ialah mengingati mati. .
Ketahuilah, sesungguhnya alam kubur adalah sebahagian daripada taman-taman syurga bagi yang taat kepada ALLAH dan ketahuilah jua sesungguhnya alam kubur itu juga adalah sebahagian daripada gaung-gaung neraka bagi mereka yang ingkar lagi derhaka kepada ALLAH.
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang menghapuskan kelazatan (mati), Maka sesungguhnya (dengan mengingati mati itu), dia tidak akan -berada- dalam keadaan banyak (angan-angan) melainkan mensedikitkannya, dan tidak dalam keadaan sedikit (amalan) melainkan memperbanyakkannya.”
[Hadis riwayat al Baihaqi daripada Ibn Umar radiallahu anhuma]
“sesuatu yang menghapuskan kelazatan” dalam hadis tersebut adalah dimaksudkan dengan mengingati mati, perkara ini telah dijelaskan oleh satu sabda nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam matan hadith yang lain daripada riwayat Tarmizi dan Nasa-ie, Ibn majah dan al Hakam.
“Banyakkanlah oleh kamu akan mengingati sesuatu yang menghapuskan kesedapan iaitulah mati.”
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda:
"Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat".
Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).
Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)".
Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

Dalam keinsafan hendaklah disedari dalam erti kata sebenar-benarnya bahawa mati merupakan azab kesakitan,sengsara yang akan dilalui oleh semua yang hidup, apatah lagi seseorang yang kufur dan engkar kepada Allah. Dengan menginsafi kesakitan dan kesengsaraannya sudah tentu mengingati mati bermanfaat besar untuk menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu yang melalaikan dirinya dan merosakkan amal kebajikannya serta mendekatkan dirinya kepada hari akhirat.
APAKAH PERSIAPAN KITA SEBELUM MATI ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan