Bertaubatlah kepada Allah sebelum saat kematian |
Sesuatu yang cukup menarik dalam majalah Manar Islam, cerita bagaimana seorang gadis Iskandariah yang menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuah destinasi di dalam wilayah Iskandariah, Mesir.
Pakaiannya
agak nipis dan seksi sehinggakan hampir terserlah segala yang
disembunyikan selama ini bagi seorang perempuan. Umurnya dalam
lingkungan 20 tahun. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat
duduk di sebelah pintu mikrobas, seorang lelaki tua yang rambutnya telah
dipenuhi uban menegurnya “Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu
berpakaian dengan pakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan
adat serta agama Islam kamu daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan
liar lelaki”.
Lalu
gadis itu menjawab “siapakah kamu hei orang tua? Apakah di tanganmu ada
anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di
syurga atau neraka?”.
Lalu dia ketawa mengejek panjang lantas cuba memberikan handphonenya kepada si tua itu seraya berkata “ambil handphoneku ini dan hubungilah ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku” lantas ketawa lagi..
Ajarilah anak gadis kalian seawalnya. |
10 minit kemudian mikrobas sampai ke perhentian, lalu penumpang mula mengejutkan gadis tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas, puas di kejutkan. Tetapi, gadis tersebut tetap tak sedar....
Rupa-rupanya dia telah pulang menemui tuhannya dalam keadaan yang tak disangka-sangka (apalagi dalam keadaan menghina Allah dan agamaNya).
Para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil beristighfar kepadaNYA.
SubhanaLlah..!!!
Petikan daripada manar Islam Jamad al Awwal.
Petikan daripada manar Islam Jamad al Awwal.
Tutuplah aurat kalian sebelum saatnya kalian dikafankan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan